ISTILAH REKABENTUK GRAFIK - PENGIKLANAN KONSEP Sumber atau idea untuk menghasilkan sesuatu rekaan. TEMA Satu ketetapan atau tajuk tentang sesuatu karya atau program. Contoh seperti tema hari kemerdekaan. JENAMA Nama yang digunakan untuk mengenalpasti atau membezakan produk atau perkhidmatan. KEMPEN Iklan yang mengandungi mesej tertentu untuk disampaikan kepada masyarakat. Contoh seperti kempen keselamatan jalan raya. PEMASARAN Kaedah atau cara untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan. EFEKTIF Hasil yang berkesan. Contoh seperti iklan yang efektif ialah iklan yang dapat menarik perhatian pengguna untuk membeli barangan. MEDIA CETAK Bahan bercetak seperti surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. MEDIA ELEKTRONIK Maklumat atau info yang dipaparkan menerusi tv, radio dan internet. SASARAN PENGGUNA Golongan yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan tertentu. Contoh seperti orang dewasa, kanak-kanak, pelajar atau pekerja. PERSAINGAN Perniagaan dalam bidang yang sama. Contoh seperti produk yang sama tetapi jenama berlainan. PELANGGAN Pembeli atau pengguna. PROMOSI Cara atau kaedah jualan untuk melariskan produk. PUBLISITI Cara untuk menarik perhatian tentang sesuatu produk. Contoh seperti menawarkan harga yang lebih murah dan tawaran hadiah. IKLAN SURATKHABAR Iklan yang dipaparkan di surat khabar. Seperti iklan produk, iklan perkhidmatan dan iklan jawatan kosong. POSTER Iklan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang dicetak pada sekeping kertas bersaiz besar. BUNTING Kebiasaannya di gantung di tiang lampu atau diletakkan atas bunting stand. Sering terdapat dikedai-kedai atau di tepi jalan. KAIN RENTANG Bersaiz lebih besar dari banting. Kebiasaannya mengandungi maklumat tentang sesuatu program yang akan berlangsung. PAPAN TANDA Papan tanda jalan atau kedai. FLYERS Kertas bersaiz kecil yang diedarkan di pasaraya atau di kawasan rumah kediaman. FLAGLINE Bendera kecil yang digantung untuk tujuan promosi produk. LAKARAN IDEA Idea untuk menghasilkan rekaan dilukiskan di atas kertas. HASIL TUGASAN Proses akhir untuk menghasilkan karya dalam bentuk bercetak atau digital.